Pernahkah tengok kawan mengepos gambar pasangan ke atas media sosial atau beraksi mesra depan mata kita?
Adakah anda akan berasa menyampah?
Pernahkah anda berfikir tentang kesahan paparan awam kasih sayang (PDA) tersebut?
Pertama sekali, marilah kita berbincang tentang konsep PDA.
Paparan awam kasih sayang berwujud secara spektrum yang luas. Antaranya terdiri daripada gambar biasa seperti gambar menjamu selera atau gambar saling memberi hadiah. Namun, juga terdapat sesetengah individu yang bersikap keterlaluan, seperti gambar eksplisit, gambar cium lidah atau gambar mainan seks.
Menurut Seksyen 509 Kanun Keseksaan Malaysia, sebarang perkataan, bunyi, isyarat atau tunjukkan benda yang dilakukan supaya perkataan atau bunyi itu didengar atau isyarat atau benda itu dilihat bagi tujuan mengabaikan kehormatan seseorang merupakan suatu kesalahan. Pesalah yang disabitkan boleh dipenjarakan bagi tempoh selama 5 tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.
Maksudnya, jikalau seseorang melakukan PDA kerana berkeinginan menghina kehormatan pihak lain, ia berkemungkinan dianggap sebagai kesalahan undang-undang.
Sebagai contoh, katakan bahawa berita terkini telah melaporkan kejadian seks di tempat awam yang menimbulkan ketidakselesaan dalam diri orang ramai. Jika kamu masih sengaja merakam konten menggoda bersama pasangan di taman, perbuatan berikut mungkin bersalah di sisi undang-undang.
Bagaimana pula jika saya tidak berniat untuk menghina kehormatan pihak lain?
Adakah ia masih merupakan suatu kesalahan undang-undang?
Menurut Seksyen 294 Kanun Keseksaan Malaysia, sebarang perbuatan lucah di tempat awam hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 3 bulan, didenda atau kedua-duanya sekali.
Apa yang dimengertikan dengan “perbuatan lucah”?
Sebenarnya, maksud “perbuatan lucah” adalah sangat luas.
Dalam kes Mahkamah Persekutuan yang sebelumnya, sepasang kekasih telah didakwa setelah bercium di taman.
Hakim kes tersebut telah menyatakan bahawa setiap negara mempunyai budaya masing-masing, mungkin sikap bercium dan berpeluk di tempat awam adalah diterima di England, namun perbuatan tersebut tetap bertentangan dengan nilai murni Malaysia.
Oleh itu, “perbuatan lucah” boleh difahami sebagai apa-apa kelakuan yang akan menyebabkan penyaksi berasa kurang selesa.
Bagi menetapkan sama ada sesuatu perbuatan itu bersifat lucah, konteks dan keadaan sekeliling perlu diambil kira. Oleh itu, bercium, bergambar seksi atau paparan mainan seks semua mungkin dianggap sebagai perbuatan lucah.
Selain itu, peruntukan undang-undang ini tidak memerlukan elemen niat asalkan perbuatan lucah telah dilakukan.
Jadi, PDA yang biasa seperti bercium juga berkemungkinan dianggap sebagai kesalahan undang-undang!
Hantarlah artikel ini kepada kawan yang asyik tunjuk kasih saying secara terbuka dan mengingatkan mereka supaya berhati-hati. Kalau tidak, mereka mungkin berisiko dikenakan tindakan oleh pihak polis.
— —
📝 Notis Penafian:
Artikel ini hanya untuk perkongsian pengetahuan undang-undang dan tujuan hiburan sahaja, ia bukan nasihat undang-undang secara rasmi.
Jika anda benar menghadapi situasi seperti yang di atas, sila dapatkan nasihat daripada peguam profesional.




