Baru-baru ini menjumpa satu berita: seorang pempengaruh terkenal meninggal dunia setelah bertemu dengan seorang tokoh besar di sebuah hotel bagi perbincangan perniagaan.
Perkara yang turut mengejutkan adalah ujian dadah tokoh besar tersebut diuji positif! 😱
Hari ini kita bincangkan satu persoalan yang bersifat realistik.
Jika anda terminum dadah semasa berada di luar, adakah anda bersalah di sisi undang-undang? 🤔
Menurut Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952, sesiapa yang mengambil dadah turut melakukan suatu kesalahan. Perkataan “mengambil” merujuk kepada apa-apa cara yang menyebabkan kemasukan dadah ke dalam tubuh badan diri sendiri, termasuk makan, mengunyah, menelan, minum atau menghidu. Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh didenda sehingga jumlah RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi 2 tahun.
Di bawah peruntukkan Seksyen 37(d), apabila diuji mempunyai kandungan dadah berbahaya dalam tubuh badan diri, maka ia akan dianggap bahawa individu itu telah mengambil dadah tersebut, sehingga dibuktikan sebaliknya.
Sebagai contoh:
Selepas bekerja, anda keluar minum dengan kawan dan seseorang menghulurkan segelas minuman kepada anda: “Jom minum!” 🥂
Setelah diminum, air kencing anda diuji positif dadah!
Pihak polis berdatang dan mula menyoal siasat:
“Kamu yang minum minuman ini? → Kamu telah mengambil dadah → Kamu bersalah!”
Anda cuba menjelaskan: “Minuman saya diletakkan dadah!”
Pihak polis: “Kamu perlu buktikan tuntutan tersebut sendiri!”
Dengan kata lain, mengambil dadah merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.
Namun, bagaimana jika seseorang itu memang terminum dadah tanpa sengaja?
Dalam perundangan jenayah Malaysia, setiap pendakwaan kesalahan mesti mempunyai dua unsur:
- Perbuatan Jenayah (Actus Reus): Kemasukan dadah ke dalam tubuh badan
- Niat Bersalah (Mens Rea): Pengetahuan dan berniat untuk mengambil dadah
Menurut Seksyen 80 Kanun Keseksaan Malaysia, pengambilan dadah tidak menjadi kesalahan sekiranya dilakukan secara tidak sengaja atau malang tanpa apa-apa niat atau pengetahuan jenayah dan dilakukan semasa menjalankan perbuatan yang sah secara sah dengan “hemat dan cermat yang sepatutnya”.
Contohnya:
Seseorang telah memasukkan dadah ke dalam minuman secara diam-diam tanpa pengetahuan anda. Seterusnya, anda meminum minuman tersebut secara normal dan berhati-hati. Dalam situasi ini, mahkamah akan menilai sama ada anda telah menunjukkan “hemat dan cermat yang sepatutnya” bagi mengelakkan keadaan tersebut daripada berlaku.
Kesimpulannya,
Kita mestilah sentiasa berwaspada apabila berada di luar dan jangan minum minuman yang diberikan oleh pihak lain secara sewenang-wenangnya. Hal ini demikian supaya segala masalah dan salah faham yang tidak diperlukan dapat dielakkan.
Langkah pertama untuk menyayangi diri sendiri bermula dengan perlindungan gelas minuman. 🥤✋
— —
📝 Notis Penafian:
Artikel ini hanya untuk perkongsian pengetahuan undang-undang dan tujuan hiburan sahaja, ia bukan nasihat undang-undang secara rasmi.




